Wednesday 16 April 2014

Produk Beracun????2013,,,

Tiga produk yang dikesan mengandungi racun pada Julai 2013
3-produk-kosmetik-ada-racun

Produk Kosmetik
Jenis Racun Berjadual yang dikesan
1.
 Aveana Night Revival Cream
Tretinoin
2.
 Blemished Skin Ampoules
Asid azelaik
3.
 Golden Horse B&W Cream-GH902-1
Merkuri
Nota : Kementerian Kesihatan menasihatkan orang awam supaya mengelak membeli dan menggunakan tiga produk kosmetik yang tersenarai seperti di atas
Kesan penggunaan racun Tretinoin, Asid Azelaik dan Merkuri tanpa pengawasan seperti dibawah:
Jenis Racun
Kesan Penggunaan 
1.
 Tretinoin
 Penggunaan tanpa pengawasan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.
2.
 Asid Azelaik
Pengunaan tanpa pengawasan boleh menyebabkan bahagian kulit muka yang disapu mengalami rasa terbakar, pedih dan kemerahan,
 
Nota: Asid azelaik yang digunakan untuk merawat masalah jerawat dan ‘rosacea’ (keadaan kronik di mana muka menjadi merah di kawasan dahi, hidung dan pipi) hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.
3.
 Merkuri
Boleh menyebabkan ruam, iritasi , perubahan lain pada kulit dan juga boleh menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Selain itu, kesan mudarat akibat pendedahan kepada merkuri boleh juga dialami oleh orang sekeliling terutama kanak-kanak apabila produk itu disapu pada kulit meruap dan dihidu. Lebih teruk lagi ianya juga boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau belum dilahirkan.
Kepada para pengguna, sila pastikan produk untuk wajah kesayangan anda dengan betul… pastikan kandungan produk yang betul..Gunalah produk yang berasaskan botanical…

No comments:

Post a Comment